Ditulis oleh Suhaimi bin Mohammed Saaid Jumaat, 23 Oktober 2009 08:30
PROGRAM BACAAN YASSIN, KULIAH MAGHRIB DAN PELANCARAN USRAH
22 Oktober-ABIM Negeri Melaka telah mengadakan program Bacaan Yassin,Kuliah maghrib dan pelancaran usrah di Surau Sekolah Menengah Mushi Abdullah. Program tersebut dihadiri lebih 300 orang pelajar yang tinggal di asrama di sekolah tersebut .Kuliah disampaikan oleh Setiausaha ABIM Negeri, Suhaimi bin Mohammed Saaid. Program ini akan diadakan secara mingguan setiap malam jumaat. Diharapkan ahli ABIM dapat hadir bagi memeriahkan program pada mingu-minggu akan datang. InsyaAllah.
Sekretariat ABIM Melaka
Ditulis oleh Mohd Fahmi Isnin, 12 Oktober 2009 18:44
PROGRAM MOTIVASI MENGISI PERUBAHAN : PERSEDIAAN KE PERINGAT MENENGAH ATAS
ABIM Melaka akan mengadakan program motivasi mengisi perubahan : Persediaan ke Peringkat Menengah Atas. Program ini akan diadakan pada 23 Oktober 2009 diDewan Besar, Sekolah Mushi Abdullah.Program ini merupakan program khas yang dirangka khusus bagi pelajar-pelajar yang telah mengambil peperiksaan PMR. Lazimnya tempoh selepas PMR dianggap tempoh ‘berbukan madu’ bagi kebanyakan pelajar. Realitinya ramai di kalangan mereka belum sedar akan perubahan yang berlaku apabila mereka menyambung pengajian di peringkat tingkatan 4. Kegagalan mereka menyesuaikan diri dalam sistem pembelajaran di peringkat SPM akan memberikan impak negatif terhadap tanggapan mereka terhadap SPM yang dianggap sukar untuk mereka mencapai kejayaan. Oleh itu, adalah wajar program ini diadakan bertujuan memberikan panduan agar pelajar lebih bersedia menyesuaikan diri dengan lebih awal ke atas sebarang perubahan yang berlaku khususnya berkaitan dengan system pengajaran dan pembelajaran.di peringkat menengah atas.
Sumber : Sekretariat ABIM Melaka
Ditulis oleh Mohd Fahmi Rabu, 07 Oktober 2009 19:41
TINJAUAN DAN BANTUAN KEMANUSIAAN :
LAPORAN LANGSUNG ABIM DAN GMP DI PADANG, SUMATERA BARAT
Selasa 06 Oktober 2009
Malam tadi kami bermalam di rumah keluarga Bapak Arsil Ibrahim di Pariaman. Rumah beliau juga
menjadi salah satu Pusat Penyelerasan DDII di Pariaman.
Awal pagi kami telah pergi ke tiga desa iaitu Desa Rambai, Desa Durian Pulut Pulut dan Desa
Padang Kerambia bersama Koordinator DDII di Pariaman iaitu Bapak Muhammad Sidek.
Bapak Ade Salamun dari LAZIS-DDII Pusat turut serta.
Di Desa Durian Pulut Pulut terdapat 70 keluarga; 95 peratus rumah di situ rosak
binasa tetapi jumlah kematian tidak banyak. Mereka perlukan bantuan termasuk
khemah sementara menunggu rumah di bina semula.
Kami telah menyampaikan bantuan wang tunai kepada keluarga yang terlibat.
Besok insyaAllah, pasukan LAZIS-DDII akan menyusul membawa bantuan keperluan
asas dari GPM ke desa tersebut.
Premis Taman Asuhan Kanak-kanak di desa ini juga turut musnah sama sekali.
Kami juga telah menyampaikan bantuan wang tunai ke mangsa di Desa Padang Kerambia.
Pihak LAZIS-DDII akan menyusul esok dengan bantuan keperluan asas dan
khidmat kesihatan.
Diseluruh Sumatera Barat sebanyak 83,883 unit rumah rosak teruk, 32,773 rosak sederhana dan 66,419 unit rosak ringan.
Laporan dari :
Mohd Asri Abdul, Ketua Eksekutif GPM
Akmal Hisham Abdul Rahim, Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM
Aktifanus Jawahir, Sukarelawan GPM
----------------------
Sumbangan boleh dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat di bawah atau
dimasukkan ke akaun berikut :
Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad - No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank - No Akaun 564 221 611 602
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-6188 3230, Fax: +603-6188 3233
Ditulis oleh ABIM Melaka Isnin, 05 Oktober 2009 15:36
Muka 1 daripada 7
| PROGRAM MOTIVASI :MENGURUS PERUBAHAN DITUNDA |
| Artikel Lain |