Profail ABIM

Hubungi ABIM Melaka

Profail

Ditulis oleh ABIM Melaka Rabu, 15 Oktober 2008 06:01

share

Hubungi ABIM Melaka di :

Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia MELAKA,
Lot 494, Taman Putra,
75450 Bukit Baru
Melaka

Tel/Faks: 06-2864323
H/F : 0132902420 @ 0126300507
E-Mail : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
LOKASI :

 

Kepimpinan ABIM Melaka

Profail

Ditulis oleh ABIM Melaka Rabu, 15 Oktober 2008 05:59

share
Kepimpinan ABIM Melaka 2009/20011
 
Yang Dipertua :
Tuan Haji Mohd Fairus bin Ahmad
 
Timb.Yang Dipertua :
Fadhal Adly bin Haji Jaafar
 
Setiausaha :
Suhaimi bin Mohammed Saaid

Pen.Setiausaha :
Ustaz Amran bin Yusof

Setiausaha Kewangan :    
Tuan Haji Mohd Zamri bin Pakiri
 
Ketua Biro:
Pendidikan & Penataran Khairul Anwar Bin Jalil
Pembagunan Sosial Suhaimi Bin Abdul Ghani
Siswazah Muda Mohd Muizzudeen Bin Haji Mustafar
Dakwah Mohd Ridhuan bin Sarkawi
Ekonomi & Teknologi Maklumat Mohd Fahmi Bin Ismail
Tugas-tugas Khas Ahmad Zaki Bin Yusof
Mohd Syafiq Bin Kamaruzzaman

 

 

 

 

 

 

   

Sejarah ABIM

Profail

Ditulis oleh ABIM Melaka Rabu, 15 Oktober 2008 05:55

share

Sejarah Penubuhan ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah (almarhum) Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan sdr Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung.

ABIM merupakan sebuah (badan bukan kerajaan) NGO Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala sdr Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung.

Pada tahun 1974 sdr Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Dato’ Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar, Kedah.

Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan sdr Anwar Ibrahim, ABIM mengambil pendekatan confrontationaldan dengan demikian, ABIM menjadi vocal terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu.

Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil,
pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah (problem-solving).

Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya.

Ketika dekad ketiga 1990-an pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-building).

Di alaf baru, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu ummah, bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman, nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan keselamatan mereka.
   

Profail ABIM

Profail

Ditulis oleh ABIM Melaka Rabu, 15 Oktober 2008 05:45

share
Apa itu ABIM?

ABIM akronim kepada Angkatan Belia Islam Malaysia. ABIM adalah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).


Apakah Objektif ABIM?

• Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyah berdasarkan Al Quran dan As Sunnah.

• Menjalankan da’wah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat.

• Mengembeling tenaga belia Islam seluruhnya untuk bersama-sama bekerjasama memberi sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan didalam semua lapangan termsuk sosial , ekonomi, pelajarana, kebudayaan, falsafah dan teknologi.

• Bekerjasama dan mempererat hubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan ABIM tanpa mengira kaum bagi mengujudkan rasa persahabatan dan harmoni diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.


Ke arah mana ABIM berdakwah?

Dasar “a’mal ma’ruf nahi mungkar” serta “non-partisan” memudahkan ABIM mengambil pendekatan “berhikmah” dalam menjalankan aktiviti dakwahnya. Demi prinsip “keadilan dan kebenaran” , ABIM berusaha untuk menjadi jurubicara umat dalam mengutarakan aspirasi Islam dalam segala aspek kehidupan masyarakat seluruhnya seperti undang-undang, pemerintahan, sosial, ekonomi, teknolgi, pendidikan dan kebajikan. Disamping menyampaikan risalah kepada masyarakat, ABIM turut menyediakan alternatif dalam membina institusi seperti pendidikan (sekolah dan kolej), kebajikan (hospital), kooperasi (ekonomi) dan lain-lain lagi.


Adakah ABIM Agensi kerajaan?

ABIM bukan agensi kerajaan. ABIM adalah sebuah NGO yang berteraskan Islam. ABIM adalah sebuah gerakan Islam yang komprehensif yang mempunyai hubungan dengan gerakan Islam luar dan dalam negara.


Apakah visi dan misi ABIM?

Visi
Membina dan Memimpin Tamaddun Khayra Ummah abad ke 21.

Misi
Menjadi Gerakan Islam yang Komprehensif untuk Merealisasikan cita-cita Islamiyah.


Apakah bentuk perkhidmatan ABIM berikan?

• ABIM menyediakan banyak perkhidmatan seperti dalam pendidikan seperti TASKI (pra-sekolah), Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah Menengah Islam (SEMI) Tahfiz, dan Kolej Dar al Hikmah. Senarai alamat perhubungan seperti dalam laman web.

• Program keilmuan bagi membolehkan ahli menimba ilmu seperti Kuliah Tafsir Mauduiyy bimbingan Dato’ Dr.Siddiq Fadhil, Kuliah Ibnu Khaldun bimbingan Ust.Uthman Muhammady, Kuliah Halaqah Matla’ AL-Badryn bimbingan Datin Dr.Siti Zulaikha dan lain-lain lagi.

• Program membina pemikiran, ilmu dan shahsyiah seperti usrah (pertemuan mingguan untuk mengkaji isi kandungan AL-Quran, Hadis serta isu semasa) dan Tamrin (Latihan).

• Menyediakan talian hot-line kepada masyarakat untuk membantu permasalahan masyarakat.

• Perkhidmatan untuk “conversion” dan program asas Islam kepada saudara baru serta kursus dan bimbingan perkahwinan (Bahasa Inggeris).

• Bantuan kemanusian dalam dan luar negara.


Kalau saya menjadi ahli ABIM, apa saya boleh bantu?

• Saudara boleh mendaftar sebagai sukarelawan ABIM dalam membantu program-program yasng bersesuaian dengan kemampuan dan professionalism saudara.

• Saudara juga boleh mengikuti seminar serta berbagai program yang dianjurkan oleh ABIM diseluruh negara termasuk usrah dan tamrin. (sila rujuk kepada daerah dan negeri masing-masing).

• Saudara boleh memberi pandangan (e-mail, fax atau surat) serta maklumat berkaitan dengan perkembangan semasa yang dirasakan ianya penting untuk kepentingan ummah keseluruhannya.

Memberi bantuan kewangan bagi membolehkan petugas-petugas dakwah menjalankan program dengan lebih banyak lagi.


Apakah aktiviti ABIM ?

Aktiviti ABIM kepada masyarakat adalah seperti;

• Program kelimuan dan advokasi - ABIM menganjurkan seminar, bengkel bagi meningkatkan kefahaman serta membentuk pandangan mengikut perspektif Islam dalam sesuatu isu. (Sila layari laman web untuk ikuti jadual program ABIM.)

• Program perkhidmatan kepada masyarakat yang dikenali sebagai SEPSO– seperti program Pembinaan Komuniti, program bersama PDK, program mengimarahkan masjid, kerja-kerja kesukarelaan bersama masyarakat. Sila hubungi Sdri. Maria Kamel 03-6188-0300.

• Helwa – Bahagian Hal Ehwal Wanita menyediakan program latihan serta pendidikan wanita agar lebih berterampilan dalam masyarakat.sila hubungi Naib Presiden (Helwa), Dr. Mastura Badzis 03-61880300 atau layari www.helwa.abim.org.my

• Program Latihan kepimpinan Muda, Latihan Pendakwah dan Latihan Kesukarelawan. Sila hubungi sdr. Basri – 03-6188-0300.

• Program Outreach – program membantu saudara baru dan program dakwah kepada Orang Asli, program Orang Buta dan Pekak serta lawatan kebajikan ke hospital. Sila hubungi Sdri.Aishah di – 03-4256-9822.

• Program Misi Keamanan Sejagat – program bantuan kemanusiaan yang melibatkan program bantuan kepada saudara kita di Palestin, Indonesia, Filipina, Iraq, Afghanistan, Uzbeskistan, Bosnia, Laos dll. Sila hubungi sdr.Fauwaz Hasbullah – 03-61888409


Dimanakah cawangan dan agensi ABIM?

Sila lihat dalam halaman alamat perhubungan ABIM dan agensi (Profil ABIM).


Siapa boleh jadi ahli ABIM dan bagaimana ingin menjadi ahli ABIM?

Keanggotaan ABIM terbuka kepada semua belia Islam dan mestilah warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum dan umur dan permohonan menjadi anggota akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi ABIM. Yuran tahunan hanya RM5.00 setahun.(laman web – borang).

- sumber : www.abim.org.my