Ditulis oleh Suhaimi bin Mohammed Saaid Rabu, 21 Oktober 2009 03:14
PROGRAM MOTIVASI :MENGURUS PERUBAHAN DITUNDA
Program Motivasi :Mengurus Perubahan Sek.Men. Mushi Abdullah yang dijadualkan pada 23hb 10.09 ditunda kepada 30hb 10.09 di atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Harap Maklum.
Ditulis oleh Mohd Fahmi Rabu, 07 Oktober 2009 19:41
TINJAUAN DAN BANTUAN KEMANUSIAAN :
LAPORAN LANGSUNG ABIM DAN GMP DI PADANG, SUMATERA BARAT
Selasa 06 Oktober 2009
Malam tadi kami bermalam di rumah keluarga Bapak Arsil Ibrahim di Pariaman. Rumah beliau juga
menjadi salah satu Pusat Penyelerasan DDII di Pariaman.
Awal pagi kami telah pergi ke tiga desa iaitu Desa Rambai, Desa Durian Pulut Pulut dan Desa
Padang Kerambia bersama Koordinator DDII di Pariaman iaitu Bapak Muhammad Sidek.
Bapak Ade Salamun dari LAZIS-DDII Pusat turut serta.
Di Desa Durian Pulut Pulut terdapat 70 keluarga; 95 peratus rumah di situ rosak
binasa tetapi jumlah kematian tidak banyak. Mereka perlukan bantuan termasuk
khemah sementara menunggu rumah di bina semula.
Kami telah menyampaikan bantuan wang tunai kepada keluarga yang terlibat.
Besok insyaAllah, pasukan LAZIS-DDII akan menyusul membawa bantuan keperluan
asas dari GPM ke desa tersebut.
Premis Taman Asuhan Kanak-kanak di desa ini juga turut musnah sama sekali.
Kami juga telah menyampaikan bantuan wang tunai ke mangsa di Desa Padang Kerambia.
Pihak LAZIS-DDII akan menyusul esok dengan bantuan keperluan asas dan
khidmat kesihatan.
Diseluruh Sumatera Barat sebanyak 83,883 unit rumah rosak teruk, 32,773 rosak sederhana dan 66,419 unit rosak ringan.
Laporan dari :
Mohd Asri Abdul, Ketua Eksekutif GPM
Akmal Hisham Abdul Rahim, Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM
Aktifanus Jawahir, Sukarelawan GPM
----------------------
Sumbangan boleh dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat di bawah atau
dimasukkan ke akaun berikut :
Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad - No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank - No Akaun 564 221 611 602
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-6188 3230, Fax: +603-6188 3233
Ditulis oleh ABIM Melaka Isnin, 05 Oktober 2009 15:34
ABIM Melaka menyokong penuh tindakan 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang baru-baru ini menuntut Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) menarik balik kenyataan mereka yang mendakwa hukuman sebat syarie adalah kejam dan turut menuntut JAG dan SIS memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menghina hukum Islam dan mahkamah syariah yang melaksanakan perundangan syariah.Ditulis oleh Mohd Fahmi Khamis, 01 Oktober 2009 17:42
ABIM MELAKA UCAP TAKZIAH ATAS MANGSA GEMPA BUMI DI SUMATERA BARAT INDONESIA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Melaka ingin mengucapkan takziah ke atas mangsa gempa bumi yang berlaku di sumatera Barat Indonesia baru-baru ini.Sekurang-kurangnya 200 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat ini. Jumah angka korban dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain kerana sistem perhubungan dan komunikasi di kawasan Sumatera barat terputus.
ABIM Melaka menyarankan agar umat Islam di seluruh dunia amnya dan umat Islam di Malaysia khasnya menginsafi dan mengambil pengajaran di atas bencana yang berlaku. Sungguhpun begitu , sebagai umat Islam yang berpaksikan pada akidah Islamiah, perlu memahami sesuatu bencana yang berlaku merupakan peringatan Allah SWT kepada manusia agar manusia bermuhasabah menginsafi diri menjadi khalifah sepertimana yang dituntut oleh agama atas kehendak Ilahi. Sifat kelalaian dan keburukan sifat manusia melakukan kemaksiatan dan kemungkaran di atas muka bumi kadangkala menjadi faktor penyebab sesuatu bencana itu berlaku di samping faktor tangan manusia itu sendiri yang melakukan kerosakan di atas muka bumi.
Oleh,
Suhaimi bin Mohammed Saaid
Setiausaha ABIM Negeri Melaka
Ditulis oleh Mohd Fahmi Selasa, 25 Ogos 2009 20:35
15-16 Ogos 2009-ABIM Melaka dengan Kerjasama LPPKN Negeri Melaka telah mengadakan kursus pra perkahwinan Smart Stat dengan jayanya di Dewan kuliah, Kolej Yayasan Melaka. Program yang berlansung selama 2 hari dengan 9 modul telah dihadiri oleh 17 pasangan yang terdiri daripada mereka yang merancang untuk berkahwin dan mereka yang telah berkahwin di mana usia perkahwinan adalah di bawah 5 tahun. Program siri 2 akan diadakan pada hujung tahun ini memandangkan permintaan terhadap program ini semakin meningkatMuka 1 daripada 3
| PROGRAM MOTIVASI :MENGURUS PERUBAHAN DITUNDA |
| Artikel Lain |