Program

PROGRAM BACAAN YASSIN, KULIAH MAGHRIB DAN PELANCARAN USRAH

Berita Terikini

Ditulis oleh Suhaimi bin Mohammed Saaid Jumaat, 23 Oktober 2009 08:30

share

PROGRAM BACAAN YASSIN, KULIAH MAGHRIB DAN PELANCARAN USRAH

22 Oktober-ABIM Negeri Melaka telah mengadakan program Bacaan Yassin,Kuliah maghrib dan pelancaran usrah di Surau Sekolah Menengah Mushi Abdullah. Program tersebut dihadiri lebih 300 orang pelajar yang tinggal di asrama di sekolah tersebut .Kuliah disampaikan oleh Setiausaha ABIM Negeri, Suhaimi bin Mohammed Saaid. Program ini akan diadakan secara mingguan setiap malam jumaat. Diharapkan ahli ABIM dapat hadir bagi memeriahkan program pada mingu-minggu akan datang. InsyaAllah.

Sekretariat ABIM Melaka

 

PROGRAM MOTIVASI MENGISI PERUBAHAN : PERSEDIAAN KE PERINGAT MENENGAH ATAS

Berita Terikini

Ditulis oleh Mohd Fahmi Isnin, 12 Oktober 2009 18:44

share

PROGRAM MOTIVASI MENGISI PERUBAHAN : PERSEDIAAN KE PERINGAT MENENGAH ATAS

 

ABIM Melaka akan mengadakan program motivasi mengisi perubahan : Persediaan ke Peringkat Menengah Atas. Program ini akan diadakan pada 23 Oktober 2009 diDewan Besar, Sekolah Mushi Abdullah.Program ini merupakan program khas yang dirangka khusus bagi pelajar-pelajar yang telah mengambil peperiksaan PMR. Lazimnya tempoh selepas PMR dianggap tempoh ‘berbukan madu’ bagi kebanyakan pelajar. Realitinya ramai di kalangan mereka belum sedar akan perubahan yang berlaku apabila mereka menyambung pengajian di peringkat tingkatan 4. Kegagalan mereka menyesuaikan diri dalam sistem pembelajaran di peringkat SPM akan memberikan impak negatif terhadap tanggapan  mereka terhadap SPM yang dianggap sukar untuk mereka mencapai kejayaan. Oleh itu, adalah wajar program ini diadakan bertujuan memberikan panduan agar pelajar lebih bersedia menyesuaikan diri dengan lebih awal ke atas sebarang perubahan yang berlaku khususnya berkaitan dengan system pengajaran dan pembelajaran.di peringkat menengah atas.

Sumber : Sekretariat ABIM Melaka

   

Rumah Terbuka ABIM Melaka meriah

Berita Terikini

Ditulis oleh ABIM Melaka Isnin, 05 Oktober 2009 15:36

share

RUMAH TERBUKA ABIM MELAKA MERIAH
 
4 Oktober- Rumah Terbuka ABIM Melaka meriah dengan kehadiran hampir 100 orang tetamu. Majlis bermula pada jam 10.45 pagi dimulai dengan bacaan doa oleh Ahmad Zaki bin Yusof dan kemudiannya ucapan serta taklimat ringkas berkaitan ABIM yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fairus bin Ahmad selaku Yang Dipertua ABIM Melaka. Akhirnya, penyampaian sijil dilakukan oleh YDP ABIM Kepada Pengerusi ASTRA dan Wakil Persatuan Mahasiswa Islam, KYM.Di samping itu, kehadiran ramai ahli WADAH juga  turut memeriahkan suasana. Diharapkan Program seumpama ini dapat mengeratkan lagi ukhwah Islamiyah di kalangan ahli di samping dijadikan platform bertukar-tukar pandangan antara pimpinan baru dan pimpinan lama.

   

LAPORAN 'JEJAK FAKIR 2009 -PENYERAHAN SUMBANGAN KEMPEN 'SEORANG SEKAMPIT BERAS'

Berita Terikini

Ditulis oleh ABIM Melaka Khamis, 01 Oktober 2009 05:53

share

LAPORAN 'JEJAK FAKIR 2009 -PENYERAHAN SUMBANGAN KEMPEN 'SEORANG SEKAMPIT BERAS'
 
14 Ogos 2009 - Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Yayasan Melaka dan ASTRA Negeri Melaka telah menjayakan Program Jejak Fakir 2009.Program ini yang merupakan merupakan program kemuncak di Bulan Ramadhan di mana setiap peserta diamanahkan menyerahkan barang keperluan hasil pungutan sumbangan  masyarakat islam yang prihatin.
 
Sebanyak 176 Set barang keperluan yang bernilai RM 6230.00 berjaya dikutip dan kutipan ini meningkat lebih 100% berbanding tahun lepas yang hanya berjaya mengutip 105 set yang bernilai RM 3,020.00. Kira-kira 50 peserta mengambil bahagian dan semua peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut daerah yang ditetapkan (Tangga Batu, Ayer Molek, Sungai Petai,Batu Berendam, Alor Gajah, Jasin dan Krubong).Setiap kumpulan bergerak secara konvoi ke rumah fakir yang dikenalpasti layak untuk menerima bantuan.
 
Sebelum itu, taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fairus bin Ahmad (YDP ABIM Melaka) dan Pembahagian kumpulan ditentukan oleh Mohd Fahmi Ismail. Konvoi berakhir pada jam 3.00 petang.
 
p/s : laporan bergambar sedang dalam proses dan akan di attachkan kemudian

   

Rumah Terbuka ABIM Melaka 2009

Berita Terikini

Ditulis oleh Mohd Fahmi Selasa, 29 September 2009 18:50

share

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ABIM NEGERI MELAKA 2009/1430H

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pimpinan ABIM Negeri Melaka berbesar hati menjemput tuan/puan

AHLI PEPIM, ABIM DAN WADAH NEGERI MELAKA

Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ABIM Negeri Melaka 2009/1430H yang akan diadakan sepertimana di bawah

                Tarikh     : 4 Oktober 2009/15 syawal 1430H

                Hari         : Ahad

                Masa       : 10.00 pagi – 1.00 tghari

                Tempat   : Bangunan Al-Huda,ABIM Negeri Melaka

                                  Lot 494, Taman Putra,Bukit Baru,Melaka

Kehadiran anda sekeluarga amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri 1430H.

   

Muka 1 daripada 4