Ditulis oleh Suhaimi bin Mohammed Saaid Selasa, 20 Oktober 2009 09:31
AIR MATA SEORANG AYAH
Walaupun dirinya seorang ayah, ditengah kesibukkannya mencari nafkah tidak membuatnya melupakan nilai-nilai keagamaan yang diyakininya. Godaan sebagai pengawas proyek selalu mampu ditolaknya karena bertentangan dengan nuraninya. Kalaupun menerima sesuatu yang membuat hatinya bimbang, dia tak segan datang ke rumah Amalia untuk berdiskusi dengan saya. Kami sering mendiskusikan bahwa nilai-nilai agama adalah panduan hidup yang baik bagi kehidupan kita. 'Manusia diberikan pilihan hidup sehingga kebahagiaan kita tergantung pilihan hidup kita,' begitu ucapnya.
Sekalipun usianya telah lanjut, keinginannya untuk belajar agama begitu sangat kuat sehingga kami seringkali larut malam bertukar pikiran. Dia sangat menyakini bahwa apa yang dikerjakannya akan mempengaruhi kehidupan keluarganya. Itulah sebabnya mendidik anaknya agar rajin sholat lima waktu, bershodaqoh dan kepekaan sosial terhadap lingkungan sudah ditanamkan sejak dini.
Ditulis oleh Suhaimi bin Mohammed Saaid Ahad, 18 Oktober 2009 04:29
MOGA MENDAPAT HAJI MABRUR
ABIM Melaka mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang telah memulakan perjalanan ke tanah suci. Diharapkan jemaah haji Malaysia pada tahun ini akan mendapat haji mabrur dan akhirnya dapat memberikan impak kepada umat Islam di Malaysia apabila pulang dari tanah suci.InsyaAllah
Sekretariat ABIM Negeri Melaka
Ditulis oleh Mohd Fahmi Isnin, 12 Oktober 2009 18:44
PROGRAM MOTIVASI MENGISI PERUBAHAN : PERSEDIAAN KE PERINGAT MENENGAH ATAS
ABIM Melaka akan mengadakan program motivasi mengisi perubahan : Persediaan ke Peringkat Menengah Atas. Program ini akan diadakan pada 23 Oktober 2009 diDewan Besar, Sekolah Mushi Abdullah.Program ini merupakan program khas yang dirangka khusus bagi pelajar-pelajar yang telah mengambil peperiksaan PMR. Lazimnya tempoh selepas PMR dianggap tempoh ‘berbukan madu’ bagi kebanyakan pelajar. Realitinya ramai di kalangan mereka belum sedar akan perubahan yang berlaku apabila mereka menyambung pengajian di peringkat tingkatan 4. Kegagalan mereka menyesuaikan diri dalam sistem pembelajaran di peringkat SPM akan memberikan impak negatif terhadap tanggapan mereka terhadap SPM yang dianggap sukar untuk mereka mencapai kejayaan. Oleh itu, adalah wajar program ini diadakan bertujuan memberikan panduan agar pelajar lebih bersedia menyesuaikan diri dengan lebih awal ke atas sebarang perubahan yang berlaku khususnya berkaitan dengan system pengajaran dan pembelajaran.di peringkat menengah atas.
Sumber : Sekretariat ABIM Melaka
Ditulis oleh Mohd Fahmi Jumaat, 09 Oktober 2009 17:27
RUMAH NABI MUHAMMAD SAW DAN SITI KHADIJAH YANG TELAH DIHANCURKAN

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.
Baca Lagi: RUMAH NABI MUHAMMAD SAW DAN SITI KHADIJAH YANG TELAH DIHANCURKAN
Ditulis oleh Suhaimi bin Mohammed Saaid Jumaat, 09 Oktober 2009 06:19
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TADIKA ALHUDA ABIM NEGERI MELAKA
6 Oktober- Tadika Al-huda ABIM Negeri Melaka telah mengadakan majlis sambutan aidilfitri bersama pelajar-pelajarnya bertempat di bangunan al-huda. Program yang dihadiri oleh 16 orang pelajar yang segak berpakaian berkurung dan berbaju melayu meriah, disamping menikmati pelbagai juadah, mereka juga diberikan sumbangan duit raya. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengurus Tadika, Cikgu Maimunah Ismail dan Setiausaha ABIM Negeri Melaka, saudara Suhaimi bin Mohammed Saaid.
Ditulis oleh Mohd Fahmi Rabu, 07 Oktober 2009 19:41
TINJAUAN DAN BANTUAN KEMANUSIAAN :
LAPORAN LANGSUNG ABIM DAN GMP DI PADANG, SUMATERA BARAT
Selasa 06 Oktober 2009
Malam tadi kami bermalam di rumah keluarga Bapak Arsil Ibrahim di Pariaman. Rumah beliau juga
menjadi salah satu Pusat Penyelerasan DDII di Pariaman.
Awal pagi kami telah pergi ke tiga desa iaitu Desa Rambai, Desa Durian Pulut Pulut dan Desa
Padang Kerambia bersama Koordinator DDII di Pariaman iaitu Bapak Muhammad Sidek.
Bapak Ade Salamun dari LAZIS-DDII Pusat turut serta.
Di Desa Durian Pulut Pulut terdapat 70 keluarga; 95 peratus rumah di situ rosak
binasa tetapi jumlah kematian tidak banyak. Mereka perlukan bantuan termasuk
khemah sementara menunggu rumah di bina semula.
Kami telah menyampaikan bantuan wang tunai kepada keluarga yang terlibat.
Besok insyaAllah, pasukan LAZIS-DDII akan menyusul membawa bantuan keperluan
asas dari GPM ke desa tersebut.
Premis Taman Asuhan Kanak-kanak di desa ini juga turut musnah sama sekali.
Kami juga telah menyampaikan bantuan wang tunai ke mangsa di Desa Padang Kerambia.
Pihak LAZIS-DDII akan menyusul esok dengan bantuan keperluan asas dan
khidmat kesihatan.
Diseluruh Sumatera Barat sebanyak 83,883 unit rumah rosak teruk, 32,773 rosak sederhana dan 66,419 unit rosak ringan.
Laporan dari :
Mohd Asri Abdul, Ketua Eksekutif GPM
Akmal Hisham Abdul Rahim, Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM
Aktifanus Jawahir, Sukarelawan GPM
----------------------
Sumbangan boleh dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat di bawah atau
dimasukkan ke akaun berikut :
Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad - No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank - No Akaun 564 221 611 602
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-6188 3230, Fax: +603-6188 3233
Muka 2 daripada 4
E-mail : abimmelaka@yahoo.com
| Re:Bahaya Modenisme Redzuan 8.4.2010 18:20 |
| Bahaya Modenisme Redzuan 8.4.2010 18:18 |
| Bahaya Modenisme Redzuan 8.4.2010 18:16 |
| Re:Hijab menangis.. qafmimra 21.10.2009 20:46 |
| Hijab menangis.. qafmimra 21.10.2009 20:42 |






![]() | Hari Ini | 6 |
![]() | Semalam | 14 |
![]() | Minggu Ini | 40 |
![]() | Minggu Lepas | 136 |
![]() | Bulan Ini | 135 |
![]() | Bulan Lepas | 501 |
![]() | Keseluruhan | 14289 |
| PROGRAM MOTIVASI :MENGURUS PERUBAHAN DITUNDA |
| Artikel Lain |