LAPORAN 'JEJAK FAKIR 2009 -PENYERAHAN SUMBANGAN KEMPEN 'SEORANG SEKAMPIT BERAS'

Berita Terikini - Program

Ditulis oleh ABIM Melaka Khamis, 01 Oktober 2009 05:53

share

LAPORAN 'JEJAK FAKIR 2009 -PENYERAHAN SUMBANGAN KEMPEN 'SEORANG SEKAMPIT BERAS'
 
14 Ogos 2009 - Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Yayasan Melaka dan ASTRA Negeri Melaka telah menjayakan Program Jejak Fakir 2009.Program ini yang merupakan merupakan program kemuncak di Bulan Ramadhan di mana setiap peserta diamanahkan menyerahkan barang keperluan hasil pungutan sumbangan  masyarakat islam yang prihatin.
 
Sebanyak 176 Set barang keperluan yang bernilai RM 6230.00 berjaya dikutip dan kutipan ini meningkat lebih 100% berbanding tahun lepas yang hanya berjaya mengutip 105 set yang bernilai RM 3,020.00. Kira-kira 50 peserta mengambil bahagian dan semua peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut daerah yang ditetapkan (Tangga Batu, Ayer Molek, Sungai Petai,Batu Berendam, Alor Gajah, Jasin dan Krubong).Setiap kumpulan bergerak secara konvoi ke rumah fakir yang dikenalpasti layak untuk menerima bantuan.
 
Sebelum itu, taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fairus bin Ahmad (YDP ABIM Melaka) dan Pembahagian kumpulan ditentukan oleh Mohd Fahmi Ismail. Konvoi berakhir pada jam 3.00 petang.
 
p/s : laporan bergambar sedang dalam proses dan akan di attachkan kemudian

 

Apabila Memilih Pemimpin yang tidak bertakwa

Sudut Ilmu - Tazkirah

Ditulis oleh Mohd Fahmi Khamis, 01 Oktober 2009 05:49

share
Apabila Memilih Pemimpin yang tidak bertakwa
 
Apaila pemimipin tidak bertaqwa, maka hatinya akan dikerumini oleh nafsu nafsu jahat.Antaranya ego, sombong, takabur,riak, ujub, menzalimi, berdiskriminasi, pilih kasih, gila kuasa, tidak adil,berburuk sangka, berhasad dengki, terutama sesama pemimipin, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan dunia semata mata, menghukum sesuka hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah mewah.

Sukar sekali untuk kita cari seorang menteri atau wakil rakyat yang suka merendah diri dan merasa dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimipin, mengunakan kuasa untuk kepentingan Islam dan kehidupan Akhirat, berhati hati ketika menghukum, suka memaaf dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan.

Bila hati pemimpin dan sikapnya sudah rosak, kotor dan jahat sekali, maka tentu pimipinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama yaitu kearah kerosakan, kekotoran dan kejahatan, samada mereka sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu.Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana mempertahankan kuasa.Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab takut dihukum atau dikata nista oleh rakyat.Berlaku zalim, kejam, bermewah mewah,berpoya poya dengan maksiat mungkar.Kalau ada pun pemimpin yang baik, tapi kalau bukan atas dasar Islam dan taqwa, nescaya dia akan mencari kepentingan diri dan tidak tahan di uji. Dan ini akan membawa kepada 1001 masaalah kepada dirinya dan kepada rakyat.Sebagai contoh, lihatlah di Malaysia hari ini.Pemimpin yang tidak bertaqwa telah menjadikan Rakyat Malaysia berpecah belah, bergaduh dan bersengit hati sesama sendiri.Bahkan di kalangan ,mereka pun sama, berdendam berdengki.

Apa alasan dan penyelesaian pada semua ini? Sebab ekonomi kurang?, sebab kebodohan rakyat?, sebab kemajuan tidak seberapa? Sebab ilmu tidak ada? Sebenarnya semua itu di sebabkan manusia manusia tidak bertaqwa.Yang mana kalau masyarakat kita BERTAQWA, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang kesulitan dan masaalah, dan menjadikan Negara kita Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.
 
Oleh,
 
Suhaimi bin Mohammed Saaid
Setiausaha,
ABIM Melaka

 

 

Rumah Terbuka ABIM Melaka 2009

Berita Terikini - Program

Ditulis oleh Mohd Fahmi Selasa, 29 September 2009 18:50

share

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ABIM NEGERI MELAKA 2009/1430H

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pimpinan ABIM Negeri Melaka berbesar hati menjemput tuan/puan

AHLI PEPIM, ABIM DAN WADAH NEGERI MELAKA

Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ABIM Negeri Melaka 2009/1430H yang akan diadakan sepertimana di bawah

                Tarikh     : 4 Oktober 2009/15 syawal 1430H

                Hari         : Ahad

                Masa       : 10.00 pagi – 1.00 tghari

                Tempat   : Bangunan Al-Huda,ABIM Negeri Melaka

                                  Lot 494, Taman Putra,Bukit Baru,Melaka

Kehadiran anda sekeluarga amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri 1430H.

 

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT

Sudut Ilmu - Tazkirah

Ditulis oleh Mohd Fahmi Khamis, 23 Oktober 2008 10:45

share
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
 
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
 
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
 

Muka 4 daripada 4

Dari Galeri Gambar ...

pb092766
Image Detail

Alamat Perhubungan


Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia
Bangunan Al-Huda
Negeri Melaka
Lot 494, Taman Putra,
75450 Bukit Baru,
Melaka

Tel/Faks : 06-2864323
Tel SU ABIM Melaka :
0132902420 /
0126300507

E-mail : abimmelaka@yahoo.com

Undian Terkini

Rekabentuk baru website ini...







Terkini di Forum

Cubaan Undian

Keistimewaan yang anda ingin apabila menyertai ABIM ?







Anda pelawat yang ke...

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini7
mod_vvisit_counterSemalam14
mod_vvisit_counterMinggu Ini41
mod_vvisit_counterMinggu Lepas136
mod_vvisit_counterBulan Ini136
mod_vvisit_counterBulan Lepas501
mod_vvisit_counterKeseluruhan14290

Online (20 minit yang lalu): 2
IP Anda: 38.107.191.117
,
Tarikh: 09 - Sep -2010

Statistik Pendaftaran

Total Members : 18
Latest Member : MadzialenQs
Members Online : 0