Ditulis oleh Suhaimi bin Mohammed Saaid Khamis, 08 Oktober 2009 03:41
Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Ditulis oleh ABIM Melaka Isnin, 05 Oktober 2009 15:36
Ditulis oleh ABIM Melaka Isnin, 05 Oktober 2009 15:34
ABIM Melaka menyokong penuh tindakan 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang baru-baru ini menuntut Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) menarik balik kenyataan mereka yang mendakwa hukuman sebat syarie adalah kejam dan turut menuntut JAG dan SIS memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menghina hukum Islam dan mahkamah syariah yang melaksanakan perundangan syariah.Ditulis oleh ABIM Melaka Isnin, 05 Oktober 2009 15:22
KISAH PENGAJARAN DAN TELADAN KEPADA MASYARAKAT BELIA ISLAM
"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.
" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
Ditulis oleh ABIM Melaka Isnin, 05 Oktober 2009 15:12
Sunnah yg dianjurkan pada hari Jumaat
Hari jumaat adalah sebaik-baik hari dan hari yang mulia. Digalakkan umat islam mengisi dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Tetapi malangnya sebahagian umat ini seakan meremehkan perkara - perkara yang disunnahkan dilakukan pada hari jumaat.Sikap malas sebahagian umat ini banyak pula kesalahan dilakukan dan sunnah pula diabaikan. Disini saya akan sertakan beberapa sunnah yang sepatutnya dilakukan:
1. Disunnahkan bagi imam membaca dua surat as-Sajdah dan al-Insan secara sempurna pada solat fajar (subuh) di hari Jumaat, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, dan jangan memendekkan ketika membaca kedua surah ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh sebagian imam.
2. Disunnahkan bagi seseorang untuk memperbanyak berselawat atas Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, sebagaimana hadits Aus bin Aus radhiyallahu ’anhu, dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam :
"Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan" . Maka perbanyaklah kalian berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku." [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, dishahihkan oleh an-Nawawi dan dihasankan oleh al-Mundziri] .
Ditulis oleh Mohd Fahmi Khamis, 01 Oktober 2009 17:42
ABIM MELAKA UCAP TAKZIAH ATAS MANGSA GEMPA BUMI DI SUMATERA BARAT INDONESIA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Melaka ingin mengucapkan takziah ke atas mangsa gempa bumi yang berlaku di sumatera Barat Indonesia baru-baru ini.Sekurang-kurangnya 200 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat ini. Jumah angka korban dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain kerana sistem perhubungan dan komunikasi di kawasan Sumatera barat terputus.
ABIM Melaka menyarankan agar umat Islam di seluruh dunia amnya dan umat Islam di Malaysia khasnya menginsafi dan mengambil pengajaran di atas bencana yang berlaku. Sungguhpun begitu , sebagai umat Islam yang berpaksikan pada akidah Islamiah, perlu memahami sesuatu bencana yang berlaku merupakan peringatan Allah SWT kepada manusia agar manusia bermuhasabah menginsafi diri menjadi khalifah sepertimana yang dituntut oleh agama atas kehendak Ilahi. Sifat kelalaian dan keburukan sifat manusia melakukan kemaksiatan dan kemungkaran di atas muka bumi kadangkala menjadi faktor penyebab sesuatu bencana itu berlaku di samping faktor tangan manusia itu sendiri yang melakukan kerosakan di atas muka bumi.
Oleh,
Suhaimi bin Mohammed Saaid
Setiausaha ABIM Negeri Melaka
Muka 3 daripada 4
E-mail : abimmelaka@yahoo.com
| Re:Bahaya Modenisme Redzuan 8.4.2010 18:20 |
| Bahaya Modenisme Redzuan 8.4.2010 18:18 |
| Bahaya Modenisme Redzuan 8.4.2010 18:16 |
| Re:Hijab menangis.. qafmimra 21.10.2009 20:46 |
| Hijab menangis.. qafmimra 21.10.2009 20:42 |






![]() | Hari Ini | 8 |
![]() | Semalam | 14 |
![]() | Minggu Ini | 42 |
![]() | Minggu Lepas | 136 |
![]() | Bulan Ini | 137 |
![]() | Bulan Lepas | 501 |
![]() | Keseluruhan | 14291 |
| PROGRAM MOTIVASI :MENGURUS PERUBAHAN DITUNDA |
| Artikel Lain |